Monday, 19 March 2012

Tender pembersihan kawasan MPSP dibatalkan: Guan Eng perlu jawab!!

Patutlah situasi berlaku di seluruh Seberang Perai, sampah tak dikutip, rumput tak dipotong dan macam-macam lagi kerja pembersihan tidak dilakukan oleh MPSP, rupa-rupanya ada cerita disebaliknya.

Lihatlah betapa kotornya.


Rupa-rupanya kerajaan negeri DAP telah batalkan tender yang dikeluarkan pada 27 September 2011.


Lim Guan Eng perlu jawab kenapa tender yang telah diluluskan akhirnya dibatalkan. Dengar cerita Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak berpuashati apabila ada seorang Ahli Majlis MPSP telah berpakat dengan seorang Exco Kerajaan Negeri mengatur syarikat-syarikat milik mereka untuk memperolehi tender tersebut.

Pulau Pinang dipinggirkan oleh kerajaan Pusat????


Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM2.88 bilion bagi melaksanakan sebanyak 259 program/projek bagi rolling plan pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi Negeri Pulau Pinang. Sementara itu, dalam Rancangan Malaysian Kesembilan (RMK-9)bagi tahun 2006-2010, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM6.54bilion bagi melaksanakan sebanyak 993 program/projek.

Daripada jumlah tersebut, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM873.43juta bagi melaksanakan 50 projek pembinaan jalan dan jambatan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Manakala itu, sebagai langkah untuk mengatasi masalah banjir kilat, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM234.96 juta bagi melaksanakan 30 projek untuk mengatasi masalah banjir kilat dalam tempoh RM-9 hingga rolling plan pertama RMK-10.

Sumber: Jawapan bertulis Perdana Menteri kepada soalan Lim Guan Eng di Parlimen.

Saturday, 17 March 2012

Cakap-cakap orang MUNAFIK

Janji-janji Pakatan Rakyat negeri Selangor?
Penulis: Chew Lee Geok (terjemahan mandarin)

Pada PRU ke-12 pada 8 Mac 2008 kerajaan negeri Selangor telah bertukar tangan, dari tangan kerajaan BN bertukar ke tangan kerajaan Pakatan Rakyat. Negeri Selangor adalah negeri yang terkaya berbanding negeri-negeri lain di negara ini. Apabila ia bertukar tangan ramai terperanjat umpama jatuh kaca mata yang dipakai, kehilangan kuasa kerajaan BN di negeri Selangor, adalah saat paling kecewa bagi kerajaan BN.

Masa dengan cepat telah berlalu, kini sudah 4 tahun ia berlalu, adakah semua orang masih ingat lagi pada PRU Mac 2008, sebelum itu Pakatan Rakyat dengan nama asalnya "Alternative Front", di negeri Selangor mereka telah lakarkan 31 perkara dan agenda janji-janji mereka semasa PRU diadakan. Sebenarnya sehingga ke hari ini Pakatan Rakyat hanya kotakan sedikit janji-janjinya sahaja, salah satunya yang kita sering dengar ialah memberi subsidi kepada percuma penggunaan 20 meter padu air pertama, sebenarnya janji-janji itu tidak menjurus kepada mesra alam. Kebanyakan janji-janji yang dijanjikan tidak dapat dikotakan.

Janji-janji pada PRU Mac 2008 kerajaan Pakatan Rakyat itu tidak lagi termasuk janji-janji seperti berikut: (1). Turunkan kadar harga cukai pintu sebanyak 20 peratus, dan turunkan harga cukai lesen perniagaan sebanyak 10 perauts; (2). Orang-orang tua yang berusia 65 tahun keatas mendapat kebajikan rawatan secara percuma; (3). Mengeluarkan subsidi khas kepada suri rumah yang memilih menjaga anak-anak di rumah; (4). Membantu golongan muda mudi yang mahu mendirikan rumah tangga; (5). Membantu semua rakyat negeri Selangor mempunyai rumah sendiri dan sebagainya.

Di sini ada beberapa perkara berlaku, janji-janji itu memang mudah dibuat, jika mahu dikotakan agak payah dan susah, ini adalah masalah yang dihadapi oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor.

Di negeri Selangor cukai pintu tidak kelihatan turun, sebaliknya elaun ahli majlis naik 3 kali dalam masa 4 tahun, saya percaya ini telah memecah rekod dalam arena politik di negara kita.

Pakatan Rakyat Ada Double Standard

Pada zaman BN memerintah negeri Selangor, imbuhan dan elaun ahli majlis hanya sekadar 500 ringgit, elaun hadir mesyuarat hanya 50 ringgit setiap kali kehadiran. Selepas kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor pada tahun 2010 elaun ahli majlis dinaikan dengan kadar 750 ringgit, pada tahun 2011 dinaikan lagi dengan kadar 1,000 ringgit, pada tahun ini sekali lagi elaun ahli majlis dinaikan kepada 1,500 ringgit, dimana setiap kali kehadiran mesyuarat elaun dinaikan kepada kadar 150 ringgit. Ada sesetengah ahli majlis diberi elaun sebanyak 2,500 ringgit untuk melantik pembantu ataupun membuka pusat khidmat, saya percaya elaun ahli-ahli majlis di negeri Selangor antara yang paling tinggi di seluruh negara. Jika dibandingkan dengan zaman kerajaan BN, ia amat jauh berbeza seperti antara langit dan bumi.

Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor tidak kotakan janji-janji mereka tentang mahu turunkan kadar cukai pintu, sebaliknya naikan elaun ahli-ahli majlis mereka, baru-baru ini majlis perbandaran Kajang pun telah mengistiharkan majlis di bawah kelolaan mereka telah membuat penilaian semula, dengan 245 ribu unit nilai harta, dan dijangka akan naikan cukai pintu pada tahun 2013, rakyat negeri Selangor tidak dapat menikmati penurunan cukai pintu, sebaliknya hadapi masalah keajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor tidak kotakan janji-janji mereka, dan besar kemungkinan akan hadapi masalah kenaikan kadar cukai pintu.

Elaun tetap ahli parlimen dan ADUN di seluruh negara dengan kadar RM4112.79 ringgit, saya percaya ramai orang tidak tahu berapa banyakkah elaun yang di peroleh oleh ADUN Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Selangor, pada tahun lepas kadar elaun dinaikkan kepada kadar RM6000.00 ringgit. Pemimpin Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim membantah parlimen kerana mahu naikan elaun ahli parlimen, dengan alasan jangan bebankan kewangan negara ini, sebaliknya semua orang sedia maklum bahawa ahli-ahli parlimen dari Pakatan Rakyat memang mahu elaun itu dinaikkan, hanya kerana pemimpin mereka melarangnya, mereka terpaksa berdiam diri dan terima sahaja. Saya ingin bertanya, kerajaan Pakatan Rakyat naikkan kadar elaun ADUN, ahli majlis daerah bukankah itu tidak membebankan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan? Ini adalah peranan sebenar double standard Pakatan Rakyat.

Friday, 16 March 2012

Pembangunan Yang Menguntungkan Rakyat Pulau Pinang????


1. Lynas seperti kata pakar daripada Pas, Dr Che Rosli Che Mat (Ahli Parlimen Hulu Langat) adalah tidak merbahaya, malah akan membawa pembangunan di Gebeng. Seperti juga PKR yang terjerit-jerit mahukan isu ini dinampak busuk oleh masyarakat..., sekufunya Lim Guan Eng dalam satu himpunan di Padang Kota telah memprovokasikan Lynas ini dan telah menimbulkan kemarahan sesetengah pihak bilamana bagi menutup isu Bayan Gate (Bayan Mutiara) berbilion ringgit yang dimonopoli keputusan oleh beliau sendiri sebagai Ketua Menteri, ExcoTanah, Pengerusi CMI dan Pengerusi PDC, beliau telah dengan sengaja mengalihkannya kepada UMNO dengan isu lain.

2. Sebagai perbandingan, sebenarnya Lim Guan Eng sendiri telah mengimport loji yang lebih merbahaya berbanding Lynas ke dalam kawasan penempatan di Batu Kawan. Sebuah loji yang dibangunkan oleh Bosch Group dengan pelaburan RM 2.2 bilion ini pada 9 Mac 2012 lalu dilaporkan telah pun membayar 20% pendahuluan bagi tapak 32.2 hektar dengan nilai RM11.6 juta.

3. Bagi sesebuah kawasn penempatan penduduk, loji solar panel ini akan memberi kesan yang jauh lebih merbahaya daripada Lynas. Pada tahun 2010 pembangkang telah pernah mengaitkan kilang seakan-akan yang sama di Ipoh sebagai amat merbahaya sedangkan kilang berkenaan dirancang dibangunkan di kawasan perindustrian, sebaliknya di Pulau Pinang ini, mereka sendiri telah membawa masuk loji jenis radiasi magnetik ke dalam kawasan kependudukan yang ramainya terdiri daripada orang-orang India dan melayu di situ.

4. Bahayanya radiasi elektromagnet ini mengikut pakar adalah menyamai kesan bahaya penggunaan handphone dalam kadar masa lama bilamana radiasi ini mampu mengubah 5% sel kanser aktif kepada 95% sel kanser aktif. Ia juga mampu menerbitkan penyakit Alzheimer’s, Multiple Scelerosis & Parkinson’s bilamana bagi 2 minit pancaran radiasi elektromagnetik ini sahaja akan mampu melemahkan sel darah sehingga mengakibatkan protein dan racun/toksin bocor dan kemudiannya masuk ke otak yang merupakan penyebab mengembangnya penyakit berkenaan.

5. Selain dari itu, radiasi ini ini juga boleh menyebabkan bocoran hemoglobin yang berperanan membawa oksigen ke seluruh tubuh yang boleh menyebabkan penyakit jantung dan batu ginjal. Ibu-ibu hamil juga mudah terangsang dan boleh menyebabkan kandungan menjadi cacat. Sistem pertahanan badan juga akan semakin lemah bila mana radiasi ini akan menyebabkan kerosakan kepada DNA. Di Jerman sendiri media lancet pada tahun 1998 telah menyatakan bahawa tekanan darah pada sabjek yang diteliti meningkat kepada 5-10Hg dan ini boleh menyebabkan risiko tinggi stroke atau serangan jantung!

6. Persoalan mayang, Lim Guan Eng sebagai wakil pembangkang sebenarnya lebih memainkan sentimen politik bagi memburuk-burukkan Lynas yang hakikatnya tidak merbahaya (seperti kata pakar Dr Rosli Che Mat Pas) jika dibanding dengan apa yang cuba dibangunkannya ke dalam penempatan penduduk di Pulau Pinang ini. Ada sesuatu yang cuba ditutup oleh beliau kepada rakyat dengan mengwar-warkan kulit yang cantik saja sebaliknya kesan buruk sengaja diselimut dengan begitu tebal dengan tujuan agar rakyat tidak terperasan kezaliman yang akan dibawa beliau.

7. Persoalannya apakah motif Ketua Menteri berasal dari Melaka ini selain daripada hanya membuat keuntungan! Zahirnya seolah nampak membawa masuk pembangunan tapi batinnya??? Niat apa sebenarnya yang bersarang di hati LGE ini. Mayang amat merasakan penduduk Pulau Pinang khususnya di Batu Kawan dan Juru patut melakukan sesuatu bagi masa hadapan kehidupan lestari mereka di situ.
Janganlah dibodohkan oleh manusia bernama Lim Guan Eng ini lagi yang semakin hari semakin jelas pembohongan dan kezaliman yang cuba disembunyikannya. Dia ini adalah seorang Monster!