Guru-guru Al-Quran di Butterworth menyatakan kekesalan mereka apabila saguhati tahunan Guru Quran sebanyak RM600 setahun masih lagi gagal dibayar oleh PUZ.
Puan Hajjah Saiyah yang mengajar al-Quran selama berbelas tahun, berasa hairan kenapa bayaran untuk tahun 2011 masih lagi belum diterima, sedangkan sudah masuk tahun 2012. Nak kata PUZ tak ada duit, kutipan zakat setiap tahun mencecah jutaan ringgit setahun.
Ir Ahmad Zakiyudin adalah salah seorang ahli lembaga pengarah PUZ perlu melihat isu ini, dan jangan kerana namanya telah diwar-warkan sebagai calon DUN Penaga, beliau menggunakan wang PUZ untuk mempopularkan diri beliau di Penaga. Sejak kebelakangan ini Ketua PAS Kepala Batas Ust Rosidi sering membawa Ir. Ahmad Zakiyuddin ke porgram-program bertemu rakyat di Penaga.
Lembaga Pengarah PUZ dianggotai oleh pemimpin PAS Pulau Pinang dan Ahli Parlimen Parit Buntar.
Sumber: Guru Quran

0 comments:
Post a Comment